Perkembangan
positif dan kewujudan peluang yang banyak terutamanya di dalam bidang perumahan
mendorong Warisan Hartanah Sdn Bhd untuk lebih berkembang maju.Selain
itu mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat maju yang lain di dalam sektor
pembinaan hartanah ini terutama di dalam pembinaan banglo kediaman.
Bidang
ini bukan sahaja banyak membantu perkembangan negara di dalam sektor
pembinaan,malah membuka banyak peluang pekerjaan kepada belia negara di luar
sana.Berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang ada serta semangat ingin terus
maju maka syarikat Warisan Hartanah Sdn Bhd bersemangat untuk menyahut cabaran
di dalam bidang pembinaan hartanah ini.
Selain
itu juga,Warisan Hartanah Sdn Bhd berusaha untuk merealisasikan hasrat dan
cita-cita untuk menjadi sebuah syarikat perumahan bumiputera yang maju dan
setaraf dengan syarikat perumahan gergasi yang lain pada masa hadapan.
Warisan
Hartanah Sdn Bhd akan terus berusaha memantapkan kedudukan untuk terus
maju dan mampu bertahan sehingga menjadi sebuah syarikat perumahan negara yang
berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.
Warisan
Hartanah Sdn Bhd juga berharap dapat sentisa berkembang dan menjadi salah
satu tonggak negara di dalam memajukan bangsa serta daapat memberi lebih banyak
peluang pekerjaan di dalam sektor ini tidak kira melibatkan pekerja profesional
dan lain-lain yang berkaitan.