CAPAIKAN IMPIAN ANDA UNTUK MEMILIKI RUMAH IMPIAN BERSAMA WARISAN HARTANAH

TIP DEKORASI RUANG TAMU


Dekorasi ruang tamu rumah anda adalah lebih kepada bagaimana caranya untuk memanipulasi mata untuk jadikan ruang nampak lebih luas.
Pelbagai trik digunakan dalam pemilihan perabot, pemilihan warna tema, aksesori dan juga susunan untuk pastikan ruang tamu yang kecil tampil lebih selesa.
Untuk itu , kami kongsikan  beberapa tips  dibawah 
1. Gunakan Cermin Sebagai Hiasan.

Penggunaan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Selain itu, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri.
 2. Guna Warna Neutral Untuk Ruang Tamu.
Penggunaan warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot contohnya kusyen. Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda nampak lebih luas. 
Sebagai contoh , penggunaan warna putih pada dinding  menjadikan ruang rumah lebih luas. 
3. Pilih Perabot Bersaiz Kecil (Minimalis)

Pemilihan perabot adalah satu elemen penting bagi dekorasi rumah . Saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil tidak terlalu sesak. 
Pilih perabot yang tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang. Guna konsep yang biasa kita dengar dalam hiasan dalaman – “Less is More”.
 4. Gantung Hiasan Dinding
hiasan dinding untuk dekorasi ruang tamu rumah anda dengan memberikan ilusi berbeza pada mata. Ini adalah helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya jadikan ruang nampak lebih luas.
Bukan saja berfungsi sebagai hiasan, penggunaan kaligrafi contohnya, untuk hiasan dinding juga memberikan identiti tersendiri kepada pemilik rumah.
Share:
Show Comments: OR

No comments:

Post a Comment

Facebook

Popular Posts

Viewer

Flag Counter

Followers